at kami cepat sampai dan kami gi singgah di Pantai Remis & Pantai Jeram tuk tengok suasana di sana. Carik gak "Pahat" makanan laut tu...tapi tak de la. Monday, June 14, 2010
SinGGah-sInGGah
at kami cepat sampai dan kami gi singgah di Pantai Remis & Pantai Jeram tuk tengok suasana di sana. Carik gak "Pahat" makanan laut tu...tapi tak de la. Thursday, June 3, 2010
Saya kongsikan dengan anda Rahsia Disebalik Hari Lahir seorang wanita. Jangan tanya saya TEPAT atau TIDAK info yang diberikan ini. Sebab saya pun tak pasti.
Anda baca dan nilaikanlah sendiri yer. Kalau anda bersetuju atau tak setuju dengan info yang diberikan ini, luahkanlah di bahagian komen;o
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.
Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.
Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami.
Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.
Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh.
Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut.
Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam.
Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.
Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.
Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.
Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.
Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif.
Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi.
Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.
Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.
Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk.
Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.
Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.
Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah.
Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal.
Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji.
Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri.
Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.
Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2.
Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.
Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.
Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
Sunday, May 30, 2010
Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
Anda percaya? Terpulanglah pada anda untuk menilainya sendiri…
Tuesday, April 27, 2010
KENALI BUAH DURIAN BELANDA
Satu aje tempat yang aku BOLEH DAPAT jus itu..di Kedai Buah FAMA Kuala Selangor..
.Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan BUAH DURIAN BELANDA(annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat.Durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat. Daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh. Buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan. Bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Buah durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.
Tips : Untuk menikmati buah durian belanda dengan lebih enak lagi, sejukkan isi buah di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum makan. Pasti BEST!
Thursday, March 25, 2010
Wednesday, March 24, 2010

ini adalah kartun kesukaanku dari dulu;tapi aku tak gemar pulak membelai @patah lagi memegang jenis kucing hidup ler. Tak tahu mengapa begitu...
Tuesday, March 16, 2010
Pulau Angsa

Ini pemandangan yang dikatakan Pulau Angsa..di mana tempat biasanya melihat anak bulan untuk tentukan tarikh nak puasa dan raya..

iNi pula rumah-rumah penginapan di siNi..yang separuhnya terbakar..

Di belakang tu..rumah api yang menjadi rada keselamatan...

Inilah satu-satu pohon pokok yang boleh mengindahkan tempat ini...tapi,segan hidup..mati tak mau...tong hitam tu untuk tadahan air hujan.
jam 12.22 tengahari, Ini..bot-bot nelayan sibuk mencari rezeki tangkapan..














