Tuesday, September 7, 2010

KELEBIHAN SEORANG WANITA

Alhamdulillah, bertuahnya aku dicipta sebagai seorang wanita.. Terasa seperti Allah amat menyayangiku.. Istimewanya kejadian kita sehinggakan kita dijaga dan dilindungi oleh Allah swt. Dia ciptakan kita dan mengurniakan beberapa orang lelaki untuk melmbimbing kita daripada terjerumus ke nerakanNya. Subhanallah, Maha suci Allah. Terlalu banyak keistimewaan wanita sehinggakan tidak mampu ditandingi oleh lelaki yang gagah perkasa.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Begitu sayangnya Allah kepada kita. Tetapi kenapa kita tidak langsung berterima kasih di atas anugerah Allah kepada kita? Malah kita langsung tidak memandang anugerah Allah tersebut. Kenapa kita seperti itu? Kita abaikan suruhan Allah, malah kita tanpa segan silu melakukan kesalahan dan berbangga dengan kelakuan tersebut. Begitu riaknya kita kepada Allah. Wahai kaum sejenisku, marilah kita muhasabah diri, kembali kepada fitrah asal kita. Tidak perlulah kita ingin melawan arus merubah fitrah kejadian kita. Marilah kita sama-sama kembali menuju kepadaNya, tanamkanlah rasa syukur dengan kejadian dan keistimewaan anugerah Allah kepada kita. Hargailah diri sebagai seorang WANITA.
Allahua'lam.

Sunday, September 5, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat.”




Saya rasa ramai yang dah baca artikel ini kat mana-mana. Tapi saya tetap nak berkongsi kerana ianya bagus untuk renungan para suami khususnya.
Setidak-tidaknya ia menjadi peringatan dan muhasabah buat diri ku.
Wahai para suami, bacalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada…



Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat.”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…
Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!



Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,hanya jika dia sangat menyayangimu.Dia akan menurunkan rasa EGOnya .



Wahai suami2…jika seorang isteri pernah menangis karenamu,tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamusepanjang hidupmu,disaat kau terperuk terlalu dalam.



Wahai suami2…jika seorang isteri menangis keranamu,tolong jangan menyia-nyiakannya…Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,saat dia menangis keranamu…Lihatlah jauh kedalam matanya.Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITnyayang disebabkan perbuatanmu ?



Apakah keistimewaan perempuan ini?



Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATANbagi kamu dan anak2mu…
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa…Dia TERHARU dan MENANGISbila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya…Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.



Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara.Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yang solehah dan sebarkan ini kepada seluruh SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA.dan sesungguhnya isteri mu sangat BERHARGA.
Jangan sia-sia kan dia.Hiburkan hatinya.Bahagiakan dia.
InsyaAllah, rumahtangga mu akan bahagia dan ceria

Thursday, September 2, 2010

"10 Terakhir Lailatul Qadar"

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar”.
Kebanyakan ulama’ Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu’, beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.
Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadahAmal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNyaSelain tanda-tanda tersebut, para alim ulama’ menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :
Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelitaAda pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikatAda juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujudAda yang berkata doa permohonannya makbul* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.
Segala puji bagi Allah atas berbagai macam nikmat yang Allah berikan. Shalawat dan salam atas suri tauladan kita Nabi Muhammad s.a.w kepada keluarganya dan para pengikutnya.
Bersemangatlah di Sepuluh Hari Terakhir Bulan Ramadhan
Para pembaca -yang semoga dimudahkan Allah untuk melakukan ketaatan-. Perlu diketahui bahwa sepertiga terakhir bulan Ramadhan adalah saat-saat yang penuh dengan kebaikan dan keutamaan serta pahala yang melimpah. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Oleh karena itu suri tauladan kita -Nabi Muhammad s.a.w dahulu bersungguh-sungguh untuk menghidupkan sepuluh hari terakhir tersebut dengan berbagai amalan melebihi waktu-waktu lainnya.
Sebagaimana istri beliau -Ummul Mu’minin Aisyah radhiyallahu ‘anha- berkata :
“Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.” (HR. Muslim)
Aisyah radhiyallahu ‘anha juga mengatakan :
“Apabila Nabi s.a.w memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para istri beliau dari berjima’, pen), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari & Muslim)
Maka perhatikanlah apa yang dilakukan oleh suri tauladan kita! Lihatlah, Nabi s.a.w bukanlah malah mengisi hari-hari terakir Ramadhan dengan berbelanja di pusat-pusat perbelanjaan untuk persiapan lebaran (hari raya). Yang beliau lakukan adalah bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah seperti shalat, membaca Al Qur’an, dzikir, sedekah dan lain sebagainya. Renungkanlah hal ini!
Keutamaan Lailatul Qadar
Pada sepertiga terakhir dari bulan yang penuh berkah ini terdapat malam lailatul qadarlah Allah mensifatinya dengan malam yang penuh keberkahan. Allah Ta’ala berfirman :
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi. dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”
Malam yang diberkahi dalam ayat ini adalah malam lailatul qadar sebagaimana ditafsirkan pada surat Al Qadar. Allah Ta’ala berfirman :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.”
Keberkahan dan kemuliaan yang dimaksud disebutkan dalam ayat selanjutnya :
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Perhatikanlah bahwa malam keberkahan tersebut adalah lailatul qadar. Dan Al Qur’an turun pada bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah Ta’ala :
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran.”
Bila Malam Lailatul Qadar Terjadi ?
Lailatul Qadar itu terjadi pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)
Terjadinya lailatul qadar di malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)
Terjadinya lailatul qadar di tujuh malam terakhir bulan ramadhan itu lebih memungkinkan sebagaimana hadits dari Ibnu Umar bahwa Nabi s.a.w bersabda :
“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang tersisa.” (HR. Muslim)
Dan yang memilih pendapat bahwa lailatul qadar adalah malam kedua puluh tujuh sebagaimana ditegaskan oleh Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu. Namun pendapat yang paling kuat dari berbagai pendapat yang ada sebagaimana dikatakan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari bahwa lailatul qadar itu terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun. Mungkin pada tahun tertentu terjadi pada malam kedua puluh tujuh atau mungkin juga pada tahun yang berikutnya terjadi pada malam kedua puluh lima tergantung kehendak dan hikmah Allah Ta’ala. Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah s.a.w :
“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa.” (HR. Bukhari)
Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang terjadinya malam lailatul qadar di antaranya adalah agar terbedakan antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas. Karena orang yang benar-benar ingin mendapatkan sesuatu tentu akan bersungguh-sungguh dalam mencarinya. Hal ini juga sebagai rahmat Allah agar hamba memperbanyak amalan pada hari-hari tersebut dengan demikian mereka akan semakin bertambah dekat dengan-Nya dan akan memperoleh pahala yang amat banyak. Semoga Allah memudahkan kita memperoleh malam yang penuh keberkahan ini.
Do’a di Malam Lailatul Qadar
Sangat dianjurkan untuk memperbanyak do’a pada lailatul qadar, lebih-lebih do’a yang dianjurkan oleh suri tauladan kita -Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau radhiyallahu ‘anha berkata,
“Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab, “Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (artinya ‘Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).”
Tanda Malam Lailatul Qadar
Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.”
Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lainManusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabatMatahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar
Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya :
“Subuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.”
I’tikaf dan Pensyari’atannya
Dalam sepuluh hari terakhir ini, kaum muslimin dianjurkan (disunnahkan) untuk melakukan i’tikaf. Sebagaimana Abu Hurairah mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w biasa beri’tikaf pada setiap Ramadhan selama 10 hari dan pada akhir hayat, beliau melakukan i’tikaf selama 20 hari.
Lalu apa yang dimaksud dengan i’tikaf? Dalam kitab Lisanul Arab, i’tikaf bermakna merutinkan (menjaga) sesuatu. Sehingga orang yang mengharuskan dirinya untuk berdiam di masjid dan mengerjakan ibadah di dalamya disebut mu’takifun atau ‘akifun.
Dan paling utama adalah beri’tikaf pada hari terakhir di bulan Ramadhan. Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan bahwa Nabi s.a.w biasa beri’tikaf pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan sampai Allah ‘azza wa jalla mewafatkan beliau. )
Nabi s.a.w juga pernah beri’tikaf di 10 hari terakhir dari bulan Syawal sebagai qadha’ karena tidak beri’tikaf di bulan Ramadhan. (HR. Bukhari & Muslim)

Monday, August 16, 2010

TAHUKAH ANDA???
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Wednesday, July 14, 2010

rEnunG-reNungkan...

Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama

Kata ustaz
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama

Kata ustaz lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus

Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga

Akhirnya ustaz berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH

Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya

Segalanya UjiaN
ALLAH menguji KEIKHLASAN bila bersendirian...
ALLAH memberi KEDEWASAAN bila ada masalah...
ALLAH melatih KESABARAN dalam kesakitan...
ALLAH tak PERNAH ambil sesuatu yg kita sayang TANPA menggantikan dengan yg lebih baik....

SAHABAT SEJATI
apabila ingin berteman,jgnlah krn KELEBIHANNYA,krn mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...
andai kau ingin BERTEMAN, jgnlah krn KEBAIKANNYA, krn dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...
andai kau ingin berteman, jgnlah krn ILMUNYA, krn apabil dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA....
andai kau ingin berteman jgnlah krn sifat CERIANYA, krn andai dia MURAM, mungkin kau akn MENJAUHINYA...
Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU....


Moralnya: Kita semua ada kelebihan ada kekurangan… jangan sesekali kita pupuk dalam diri kita sifat suka mencari2 kekurangan, keburukan org lain, Renunglah diri sendiri…jangan mata kita hanya melihat KOYAK di kain org lain sedangkan kita lupa kain di badan kita yg mungkin TERKOYAK... Tutuplah Keaiban org lain semoga ALLAH menutup keaiban diri kita.


.

Tuesday, July 13, 2010

ranTai tangan yang hiLang & jumpa semula


alhamdulilah..termakbul gak tuk ketemui semula rantai tangan pemberian suamiku semasa batal air sembahyang.Itu ajer la pemberian & kenangan yang tak mungkin berulang kembali saat itu.Dah perasan dah nak putus, tapi pakai gak masa bersih & bakar-bakar kayu yang ada kat kebun.Nasib baik nampak, tu pun dah berada di atas abu..Nak cakap rantai tangan tu hilang pun, suami aku macam semacam jer..bila jumpa,dia cakap itu pertanda nak kaya.Ada-ada jea suami aku tu..

Sunday, June 27, 2010

Jumpa Duit RM20

Jumaat yang indah telah dilimpahkan rezeki HARI JUMAAT.Begitu lama, tak jumpa duit dijalanan..Jumpanya RM20..ditempat parking kereta dalam hujan turun renyai-renyai nak masuk ke pejabat. Tempat aku ketemui duit tu telah aku gantikan sesuatu..itu petua orang dedulu. Aku ingin simpan aje duit tu..mana tahu kot-kot sesak, leh gunakannya..tapi aku dah pasang niat gak, ingat masuk tabung surau kalau niat aku termakbul. Jumpanya tak besar mane, tapi macam-macam bunyi kata hati..itulah kita,,,,,