Sunday, June 27, 2010
Jumpa Duit RM20
Wednesday, June 16, 2010
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balikkampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidakbanyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang takadaduit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapaayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkanialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalananpulangke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapayangbagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Gelihatimengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah kekampung,saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akanselalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untukdiberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untukdiberikankepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyumapabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalammemahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akansetiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalikperlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya ataudisampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilansemakinmembesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepasbeberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingatkomen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, adasahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomikeluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupunperantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,hakikatnyaayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidakinginsaya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetapdiselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' olehsaya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang sayaberikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan kekocekanak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.Disamping menulis, saya menjadi penerbit. Perniaga
an semakin rancak. Olehsebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat sayasudahmembeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipunsaya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberikepadaanak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalamkehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Merekabukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itusebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betulsiapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akanpulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Monday, June 14, 2010
SinGGah-sInGGah
at kami cepat sampai dan kami gi singgah di Pantai Remis & Pantai Jeram tuk tengok suasana di sana. Carik gak "Pahat" makanan laut tu...tapi tak de la. Thursday, June 3, 2010
Saya kongsikan dengan anda Rahsia Disebalik Hari Lahir seorang wanita. Jangan tanya saya TEPAT atau TIDAK info yang diberikan ini. Sebab saya pun tak pasti.
Anda baca dan nilaikanlah sendiri yer. Kalau anda bersetuju atau tak setuju dengan info yang diberikan ini, luahkanlah di bahagian komen;o
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.
Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.
Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami.
Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.
Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh.
Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut.
Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam.
Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.
Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.
Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.
Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.
Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif.
Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi.
Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.
Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.
Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk.
Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.
Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.
Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah.
Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal.
Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji.
Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri.
Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.
Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2.
Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.
Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.
Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.









